Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2019

Tarikh : 19 Januari 2019

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tujuan : Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat dan mengeratkan kerjasama PI
dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti 
sihat serta mewujudkan komuniti
mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Antara aktiviti yang diadakan seperti :

  • Pemeriksaan kesihatan percuma.
  • Taklimat kesihatan dan keselamatan serta pameran daripada agensi terlibat.
  • Taklimat Klik Dengan Bijak dan Dashboard komuniti.
  • Berus gigi beramai-ramai.
  • Berjalan 1000 langkah.
  • Pertandingan memuatnaik produk di MyShop dan memuatnaik tempat menarik di MyPlace.
  • Pertandingan membuat Piramid Makanan mengikut carian di internet.
  • Pertandingan membuat Artikel “Bahaya Merokok” dan memuatnaik dalam MyKomuniti.
  • Pertandingan Penyediaan Makanan Sihat bersama pelajar tahap 2.
  • Kuiz online Kahoot! Dan kuiz bertulis tentang kesihatan.