CAR WASH SEMERA

Antara tempat mencuci kereta milik belia kampung 

Kaum belia kampung kebiasaanya mempunyai aktiviti mereka yang tersendiri. Antara aktiviti yang dilakukan pada masa lapang adalah perlawanan badminton, futsal dan bola sepak. Pada waktu petang kaum belia akan memenuhi Dewan Serbaguna Kampung untuk perlawanan badminton dan padang- padang futsal yang berdekatan untuk perlawanan futsal.

Antara pasukan bola sepak yang terdapat di kampung semera adalah SB7732JR di bawah bimbingan Mohd Syafiq b Bohri  dan juga KASLO di bawah bimbingan En Mukesh dan juga En Hasnol. Setiap pasukan ini akan menghantar wakil jika terdapatnya ertandingan futsal di sekitar Kuching.

Selain daripada bidang sukan, belia kampung semera turut mempunyai perniagaan mereka sendiri seperti kedai mencuci kereta dan kedai makan. Selain itu, belia kampung juga turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan mereka seperti menjual ice pop, goreng-goreng, menjalankan khidmat menjahit baju dan lain-lain.