LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Muhammad Aeril Hazril Bin Abdullah
Umur : 10 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Muhammad Aeril Hazril Bin Abdullah merupakan anak kelahiran Kampung Semera. Beliau merupakan pelajar Tahun 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Kelali, Semera. Bermula tahun 2023, Aeril telah mengenali NaDi Pekan Asajaya. Beliau juga telah berjinak meluangkan masa dan menyertai aktiviti yang di adakan di NaDi. Sebelum menyertai aktiviti di NaDi, Aeril tidak mempunyai pengetahuan yang meluas tentang cara penggunaan komputer dan fungsi perkakas komputer. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Microsoft Office (Word dan Powerpoint). Aeril juga tidak mengetahui berkenaan dengan penggunaan Internet of Things (Iot) dalam kegunaan seharian.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Menyertai aktiviti NaDi telah memberi peluang kepada Aeril untuk mengenali kegunaan pengetahuan ICT kepadanya sebagai seorang pelajar. Beliau juga telah dapat mempelajari cara asas menaip dan membuat slaid persembahan menggunakan Microsoft Powerpoint. Hal ini akan membantu beliau terutamanya dalam pelajaran pada masa akan datang. Selain itu, Aeril juga mempelajari cara asas penggunaan Google Meet dan kegunaannya yang memberi kemudahan.

Beliau juga telah mengikuti aktiviti STEM yang telah diadakan oleh petugas NaDi yang menekan pada bahagian sains,matematik dan teknologi. Seterusnya, Aeril juga menyertai aktiviti lain yang disediakan oleh petugas iaitu Klik Dengan Bijak dan Kuiz KDB yang menekankan tentang pentingnya mengetahui tentang maklumat palsu dan buli siber dalam penggunaan Internet. Melalui program ini, beliau telah didedahkan dengan kepentingan mengatasi maklumat palsu dan buli siber.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

 

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama : Atikah Binti Aji             
Umur : 34 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Atikah merupakan usahawan berasal Kampung Semera. Beliau merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan kecil yang menjual makanan seperti Ayam Goreng Cheese, donut, sate ayam,hotdog dan air balang di Kampung Semera. Sebagai usahawan kecil yang baru bermula berniaga, Puan Atikah tidak mempunyai pengetahuan yang banyak untuk pengurusan perniagaan beliau.Oleh itu, beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Asajaya. PEDi banyak memberi ruang dan peluang untuk peniaga mempromosikan produk perniagaan beliau di internet terutama media sosial seperti Facebaook dan Whatsapp. Oleh itu,dengan Puan Atikah dapat mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsap. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang prosedur pengendalian makanan yang telah disyorkan oleh pihak KKM.

 

 Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Beliau dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih baik terutamanya atas talian iaitu melalui platform Whatsapp dan Facebook. Tambahan pula, beliau juga telah berjaya mendapatkan Sijil Pengendali Makanan yang telah disahkan Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menyertai Kursus Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh pihak PEDi Pekan Asajaya dengan kerjasama pihak NZ Venture. Selain itu, Puan Atikah juga telah mengikuti seminar digital marketing bersama TM Unifi Business. Seminar ini telah menambah ilmu pengetahuan beliau berkenaan dengan bagaimana penggunaan dan langgan sistem paid ads dapat membantu mempromosi perniagaan dalam media sosial.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Mohammad Aiman Bin Ahmad Hasri
Umur : 18 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Mohammad Aiman berasal dari Kampung Semera dan juga merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur 18 tahun. Aiman mendaftar menjadi ahli PEDi pada tahun 2023 dan ingin mengikuti kelas ICT untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan beliau.Sebelum menyertai kelas dan aktiviti di PEDi, Aiman tidak mempunyai banyak ilmu mengenai penggunaan Microsoft Office yang boleh membantu beliau dalam bidang pelajaran mahupun bidang pekerjaan. Aiman juga tidak begitu arif dengan cara menaip  menggunakan Word dan Powerpoint. Sehubungan dengan itu, Aiman telah mengikuti Kelas Asas Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) dan juga Kelas Canva di PEDi Pekan Asajaya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Selepas penyertaan kelas di PEDi, Aiman telah mempelajari asas fungsi Microsoft Word, Powerpoint dan juga Excel. Beliau telah berjaya mempelajari cara menaip surat rasmi, invois, slaid persembahan dan juga formula-formula asas (tolak, tambah, bahagi, darab) Microsoft Excel. Aiman juga berjaya mencipta poster dan menu makanan dengan menggunakan templat-templat mudah di Canva. Tambahan pula, Aiman juga telah mempelajari kaedah menulis resume dengan mudah juga dengan menggunakan templat di Canva. 

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Dayang Rozina Binti Abg Madni
Umur : 41 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Dayang merupakan seorang guru sekolah menengah. Sebagai seorang guru, Puan Dayang ingin memperbaiki kemahiran dan ICT beliau yang dapat diaplikasikan dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, Puan Dayang telah mengikuti aktiviti bulanan yang diadakan oleh petugas di PEDi Pekan Asajaya.Puan Dayang tidak begitu mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office versi terkini iaituProfessional Plus 2021. Selain itu, Puan Dayang juga tidak arif akan laman web Canva yang boleh menghasilkan poster, stiker dan sebagainya dengan mudah dan pantas yang boleh membantu dalam menghasilkan bahan bantu mengajar beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Dayang telah mahir menggunakan Microsoft Office Word dan Powerpoint versi terkini Professional Plus 2021. Beliau juga telah berjaya mempelajari fungsi-fungsi terbaru word dan powerpoint seperti Autofit with contents/window. Beliau juga telah berjaya mencipta poster, kad kahwin dan stiker dengan kreatif melalui templat-templat yang sedia ada pada Canva. Tambahan pula, beliau juga telah mengikuti kuiz Klik dengan Bijak sekaligus dapat menambah kesedaran beliau akan bahayanya penipuan internet dan penyebaran maklumat palsu.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama : Noamira Binti Amin
Umur : 33 Tahun


Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Noamira merupakan usahawan berasal Kampung Semera. Puan Noamira merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan kecil yang menjual makanan di Kampung Semera. Sebagai usahawan kecil yang baru bermula berniaga, Puan Noamira tidak mempunyai pengetahuan yang banyak untuk pengurusan perniagaan beliau.Oleh itu, beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Asajaya bagi.PEDi banyak memberi ruang dan peluang untuk peniaga mempromosikan produk perniagaan beliau di internet terutama media sosial. Dengan menyertai aktiviti PEDi, Puan Noamira dapat mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsap sebelum ini hanya menjual produk kepada kenalan terdekat sahaja. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang prosedur pengendalian makanan yang telah disyorkan oleh pihak KKM.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Noamira dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih baik terutamanya atas talian iaitu melalui platform Whatsapp dan Facebook. Hal ini juga telah mempertingkat penggunaan ilmu ICT Puan Amira dalam perniagaan beliau. Beliau juga dapat mempelajari cara membuat langkah-langkah asas untuk mula menjual produk di platform shopee. Tambahan pula, beliau juga telah berjaya mendapatkan Sijil Pengendali Makanan yang telah disahkan Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menyertai Kursus Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh pihak PEDi Pekan Asajaya dengan kerjasama pihak NZ Venture.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________