PEKAN ASAJAYA

 

PEKAN ASAJAYA adalah satu- satunya pekan yang terdapat di kawasan DAERAH ASAJAYA. Di pekan ini terdapat perkhidmatan kedai barangan keperluan harian, pejabat pos, pejabat SESCO, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan kedai makan.

Pada hujung minggu, PEKAN ASAJAYA akan menerima kunjungan pengunjung daripada bandar KUCHING  dan KOTA SAMARAHAN untuk mencari hasil laut dan sayur yang segar. Di sekitar DAERAH ASAJAYA terdapat ramai nelayan dan petani. Hasil tanaman petani dan tangkapan nelayan inilah yang menarik tarikan pengunjung ke pekan ini. 

PEKAN ASAJAYA yang dahulunya dikenali sebagai PEKAN NONOK mempunyai nostalgia kepada penduduk DAERAH ASAJAYA khususnya. Walaupun berbilang bangsa, semua dapat duduk semeja menjamu selera.

 

IMG 20170329 120257

 **Deretan kedai pada zaman dahulu di PEKAN ASAJAYA. Masih terdapat perkhidmatan gunting rambut secara tradisional di deretan bangunan kedai lama ini.

asajaya 1  

IMG 3036

**Keadaan PEKAN ASAJAYA pada masa kini. Lebih maju dan moden

Maklumat lanjut boleh layari laman web Pejabat Daerah Asajaya