Di Kampung Semera terdapatnya dua buah pra sekolah, sebuah sedidik, dua buah taska,  lima buah sekolah tabika, sebuah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah menengah kebangsaan dan sebuah giatmara. Namun demikian, bukan hanya penduduk Kampung Semera sahaja yang bersekolah di sini. Penduduk daripada kampung berdekatan juga bersekolah di sini. Antaranya adalah penduduk Kampung Jemukan, Kampung Ibol dan lain- lain lagi. Hal ini adalah disebabkan oleh hanya sekolah di kampung ini sahaja yang terdekat dengan mereka.

 

Antara senarai sekolah yang terdapat di Kampung Semera adalah:

Bil

Tahap Institusi

Nama Institusi

1

Sekolah PRA

PRA SEKOLAH SYAFIE

2

Sekolah PRA

PRA SEKOLAH MALIKI

3

SEDIDIK

SEDIDIK

4

TASKA

                                    -

5

TASKA

                                    -

6

Tadika KEMAS

TADIKA KEMAS LAUT

7

Tadika KEMAS

TADIKA KEMAS ULU A

8

Tadika KEMAS

TADIKA KEMAS ULU B

9

Tadika KEMAS

TADIKA KEMAS LOT

10

Tadika KEMAS

TADIKA KEMAS ULU SEMERA

11

Sekolah Kebangsaan

SK HAJI KELALI SEMERA

12

Sekolah Menengah

SMK SADONG HILIR (SEMERA)

13

GIATMARA

GIATMARA BATANG SADONG

 

Dengan adanya pusat pendidikan giatmara yang menawarkan ilmu daripada segi kemahiran, ini memberi peluang kepada anak- anak muda yang kurang daripada segi pelajaran unutuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam diri mereka yang boleh digunakan untuk memajukan diri mereka kelak. Pusat giatmara ini merupakan satu-satunya giatmara yang terdapat di daerah Asajaya. Ini menjadikan, Giatmara ini tumpuan penduduk daripada kampung berdekatan untuk datang balajar di sini. Ada antara pelajar giatmara ini yang bermotosikal dan berkereta untuk belajar di sini. Antara yang diajar di giatmara ini adalah Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal dan Fesyen dan Pembuatan Pakaian.