Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar. PEDi adalah salah satu inisiatif  daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA dan SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) dengan kerjasama TELEKOM MALAYSIA (TM) dan MSD INTELIGENT SDN BHD. NaDi telah melaksanakan program untuk setiap Pusat Ekonomi Digital di seluruh Malaysia ke arah “1 STOP CENTRE”. Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. PEDi diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.  

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi sebagai pusat untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah, klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan Negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan celik IT menjelang tahun 2020. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan   PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut: 

  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • 1 Stop Centre 
  • Pusat Pembangunan Usahawan Digital

 

Objektif penubuhan PEDi adalah:

  • Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan Internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.
  • Melahirkan lebih banyak warga celik IT tidak mengira umur

 

WAKTU OPERASI DAN BUTIRAN PEDi PEKAN ASAJAYA :

pedi 2

 

Email             : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Alamat Portal: http://pekanasajaya.pjk.my/

Alamat Media Sosial:https://www.facebook.com/PEDiPekanAsajaya/ 

 

PETUGAS PEDi PEKAN ASAJAYA

 PENGURUS PEDI PEKAN ASAJAYAPEN PENGURUS PEDI PEKAN ASAJYA