Antara kemudahan asas yang terdapat di Kampung Semera adalah Dewan Masyarakat Kampung Semera. Dewan ini biasanya digunakan untuk aktiviti Kampung Semera seperti untuk mesyuarat agung persatuan, aktiviti- aktiviti kampung dan turut digunakan oleh belia untuk aktiviti riadah seperti bermain badminton dan juga futsal pada waktu petang. Dewan Masyarakat ini terletak bersebelahan dengan Persatuan Nelayan Asajaya/Semera dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Asajaya, Kampung Semera.

Selain itu, kemudahan asas lain yang terdapat di Kampung Semera adalah perkhidmatan pengumpulan sampah sarap oleh Majlis Daerah Samarahan. Di sepanjang jalan- jalan kampung disediakan tong sampah untuk kegunaan penduduk kampung membuang sampah. Tong sampah yang telah disediakan memudahkan urusan pembuangan sampah penduduk kampung.

Di samping itu, turut disediakan masjid untuk kegunaan penduduk kampung. Biasanya masjid ini digunakan oleh penduduk kampung untuk menunaikan Solat Jumaat dan juga Solat Aidilfitri. Masjid Al Azhar ini terletak di Jalan Kampung Semera Lot Baru, Asajaya. Masjid ini juga berdekatan dengan pasar tani dan juga pasar ikan di pintu masuk ke Kampung Semera berdekatan dengan jalan utama.

Untuk pengetahuan umum juga, di kampung semera terdapat 9 buah surau. Biasanya penduduk kampung menggunakan surau untuk menunaikan solat fardu dan juga solat terawih pada bulan Ramadhan.

Tambahan juga, di kampung semera terdapat sebuah perpustakaan desa kampung semera yang baru dirasmikan Yang Berhormat Nancy pada oktober yang lalu. Kini, perpustaan desa tersebut telah  berkhidmat kepada penduduk sekitar. Terdapat banyak buku yang dusediakan untuk penduduk sekitar menambahkn ilmu pengutahuan disamping dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.