Mesin jahit sumbangan kerajaan yang diberikan untuk menambahkan pendapatan suri rumah tangga
Kebanyakan wanita di kawasan Kampung Semera adalah suri rumah sepenuh masa. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai pendapatan sendiri. Antaranya bekerja sebagai guru, pengasuh, peniaga runcit dan lain-lain. Ada juga wanita di kawasan ini yang mempunyai perusahaan sendiri seperti membuat keropok ikan, keropok lekor,pembuat kerepek pisang, menjahit dan lain-lain. Ini adalah hasil sumbangan kerajaan yang memberi bantuan peralatan mesin untuk mengusahakan keropok lekor, keropok ikan, mesin jahit dan lain-lain.Terdapat juga wanita yang membantu perusahaan suami mereka di pasar tani dan juga pasar ikan selain di kedai makan. Di samping dapat menjana pendapatan keluarga, kaum ibu juga dapat menggisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.