Asas Multimedia: Aktiviti Mewarna Digital
Tarikh : |
9 Februari 2024 |
Masa : | 10:00 am-11:00 am |
Lokasi : | Bilik Latihan PEDi |
Peserta: |
7 Orang |
Tujuan:
Aktiviti mewarna poster Tahun Baru Cina dan Cuti Sekolah telah diadakan bersama peserta menggunakan aplikasi Paint 3d.
Peserta telah mempelajari cara mewarna digital menggunakan paint3d .
Pada akhir aktiviti, peserta yang telah mewarna poster dengan cantik telah diberikan hadiah dan mereka juga telah mempelajari ilmu dunia digital yang baru pada hari tersebut.
Asas Microsoft Word: Menaip Invois
Tarikh : |
12 Februari 2024 |
Masa : | 02:30 pm-03:30 pm |
Lokasi : | Bilik Latihan PEDi |
Peserta: |
5 Orang |
Tujuan:
Sebelum memulakan aktiviti, pelajar telah diterangkan apa itu invois dan kegunaannya.
Setelah itu,peserta diperkenalkan templat percuma yang ada pada Ms Word dan memilih templat invois untuk di sunting dan taip.
Pada akhir aktiviti, peserta telah berjaya menyunting dan menaip maklumat-maklumat asas yang ada pada invois dan mempelajari ilmu baharu pada hari tersebut.
Asas Multimedia: Suntingan Imej
Tarikh : |
17Februari 2024 |
Masa : | 02:30 pm-03:30 pm |
Lokasi : | Bilik Latihan PEDi |
Peserta: |
4 Orang |
Tujuan:
Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah telah diajar cara membuat suntingan imej dengan ringkas.
Para peserta telah mengambil gambar menggukan webcam pada PC dan membuang latar belakang gambar melalui laman web remove background.com.
Pada akhir aktiviti, peserta telah berjaya menambahkan ilmu pengetahuan ICT iaitu cara menyunting gambar mereka dan membuang latar secara online.
_____________________________________________________________________________________________