Asas Teknologi & Asas Microsoft Word: Biodata Saya 

Tarikh :

8 Oktober 2023

Masa   : 10:30 am-11:30 am             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

4 Orang

 

Tujuan:

Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah mempelajari cara menaip asas Ms Word.

Peserta telah menaip biodata ringkas dan belajar memuat naik gambar pada dokumen Ms Word.

Cara mengambil gambar menggunakan PC komputer juga telah di ajar kepada pelajar.

 

E-Pembelajaran: National Geographic for Kids.

Tarikh :

8 Oktober 2023

Masa   : 11:30 am-12:30 pm             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

4 Orang

 

Tujuan:

Aktiviti mengenali haiwan telah diadakan bersama peserta melalui laman web National Geographic.

Permainan pendidikan Matching Sharks telah dilakukan bersama peserta untuk mengenal lebih lanjut haiwan seperti beruang kutub, ikan jerung dan penguin.

Pada akhir aktiviti, peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan sains dan haiwan.

 

Kelas Shoppe Bersama Pelajar Giatmara Batang Sadong

Tarikh :

9 Oktober 2023

Masa   : 08:30 am-10:30 am             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

8 Orang

 

Tujuan:

Dengan kerjasama Rakan Digital PEDi Pekan Asajaya, kelas asas buka kedai shoppe telah diadakan bersama pelajar Giatmara.

Peserta telah diajar cara mendaftar kedai di shoppe, memuatnaik naik produk dan juga membuang produk tersebuat pada senarai produk dalam sistem kedai shoppe.

Pada akhir aktiviti, peserta dapat mempraktikkan cara asas untuk memulakan perniagaan menggunakan platform shoppe.

 

Aktiviti STEM & IoT: Augmented Reality:AI coloring Quiver.

Tarikh :

11 Oktober 2023

Masa   : 02:30 pm-3:30 pm             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

4 Orang

 

Tujuan:

Aplikasi Quiver telah diperkenalkan kepada peserta yang menekankan AI dan Virtual Reality.

Aktiviti dimulakan dengan mewarna poster animasi sebelum di jadikan AI melalui aplikasi Quiver.

Selepas selesai mewarna, peserta dapat menghasilkan AI daripada watak animasi yang telah diwarna melalui imbasan kod aplikasi Quiver.

Pada akhir aktiviti, peserta dapat mempelajari fungsi internet dalam penghasilan AI.

 

E-Pembelajaran:Quizziz (Kuiz Interaktif Subjek BM, Matematik, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab)

Tarikh :

11 Oktober 2023

Masa   : 03:30 pm-4:30 pm             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

11 Orang

 

Tujuan:

Melalui laman web Quizziz, Kuiz interaktif diadakan bersama peserta untuk menguji pengetahuan peserta.

Kuiz daripada pelbagai subjek seperti bahasa Melayu, bahasa inggeris,matematik dan bahasa arab telah diadakan bersama peserta dan para peserta hendaklah memilih jawapan yang betul.

Kuiz ICT juga telah diuji untuk meningkat ilmu pengetahuan berkenaan dengan dunia teknologi dan fungsi komputer.

 

E-Pembelajaran: Typing.com

Tarikh :

12 Oktober 2023

Masa   : 03:00pm-04:00 pm             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

5 Orang

 

Tujuan:

Latihan menaip asas menggunakan laman web Typing.com untuk menyesuaikan peserta dengan menaip pada komputer.

Peserta dapat melatih jari untuk mengingat posisi huruf yang ada pada papan kekunci untuk meningkat kepantasan semasa menaip.

 

Advokasi Klik Dengan Bijak & Asas Microsoft Word: Surat Rasmi

Tarikh :

13 Oktober 2023

Masa   : 03:00 pm-04:00 pm             
Lokasi : Bilik Latihan PEDi
Peserta:

7 Orang

 

Tujuan:

Peserta diajar untuk menaip surat rasmi tidak hadir ke sekolah menggunakan format yang betul menggunakan Ms Word.

Aktiviti sampingan Advokasi Klik dengan Bijak juga diadakan bersama peserta yang menekankan topik bahaya menyebar maklumat palsu dan bagaimana penipuan internet boleh berlaku.

 

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________